Jumaat, 14 September 2012

Always

Assalamualaikum pakcik makcik :)


Hi, lama rasanya tak ziarah blog omey nie. *Kena terajang lajulaju* Act, sibuk kan, dengan trial, kelas tambahan, belajar sampai petang petang baru balik. Penat tapi agak berbaloi lah kan sebab sejarah lulus == rasa nak buat kenduri panggil satu malaysia datang. Hahaha. Before exam, text kawan-kawan ngadu risau sejarah, tak tau apa nak jawab semua. Yela, dalam kelas time sejarah je gelak gelak kat depan. Haa kau hado? Orang gelak kat belakang, aku gelak depan cikgu. Kuat boleh larwwhhhhhh *ayat pelesit*

Sebenar benar benar benarnya cerita itu sebagai introduction je kan. Ok serius, nak cerita pasal 'crush'. Sekarang kan semua main crush crush je. Bila crush je, mesti kita akan stalk dia laju laju, tengok komen dia laju laju, sampai orang yang tengah cakap dengan kita pun rasa nak pijak perut kita sebab taknak dengar cerita mereka. Itu biasa lah kot kan. Ada pulak kot tu =,=

Macam nie, saya pun ada crush tau. Hikhik. Siap luahkan kat dia. Then terus malu dah. Jenis aku, kalau aku minat seseorang tu, aku akan simpan sampai tetiba je dia dah lenyap dari hati aku. Cerita pun dekat kawan aku jela kan. Ape ape hal, ngadu kat kawan tapi bila kawan cerita taknak dengar pulak cerita dia. Mesti kawan aku selalu nyanyi lagu yuna yang 'tak adil tak adil' time aku potong cakap dia then cerita pasal crush aku. Hahha. 

Ok sambung, lepas dah terus terang, of course hati rasa 'oh leganya leganya'. Respond dia biarlah tersimpan rapi jauh di sudut hati kan. Sebuk pulak lahai awak nak tau. Sepak laju laju kang. Eh apahal semua nak laju laju kan? Anjing kejar ke seladang kejar? Ok seladang memang trend pelawak dekat sekolah sekolah sekarang haha. Next, aku pun macam eh banyak pulak kekurangan kat aku kan banding dengan ex dia. Ya Allah, macam mane aku boleh lupa diri pun aku tak sedar. Kadang kadang tu rasa diri nie terlalu kerdil berbanding orang lain. Biasalah tu kan? Tak biasa eh? K luar biasa -,-

Bila dah mintak pendapat si omey aku that is anak pakcik minhad hebat, aku pun terdetik hati nak lupakan dia and all about him. Aku kena fokus fokus dan fokus. Tapi aku pun manusia kan, hati cepat sangat gelabah bila ada je benda benda yang buat aku teringat kat dia. Habis tu sampai bila nak lupanya kan? Asyik teringat je memanjang. Kadang kadang rasa macam nak hentak kepala laju laju kasi lupa semua orang. Bila fikir balik, kang aku dah lupa semua orang, then orang dah baran, semua tinggalkan aku. Daripada I've a families, friends and others yang rapat dengan aku terus jadi sebatang kara kan.

And now, aku cuba lagi kuatkan hati untuk lupakan perasaan nie. Aku terpaksa buat timetable even aku memang tak suka hidup dengan rules semua kan but I have to. Aku tak tahu dah nak ngadu kat siapa bila aku rindu kat dia. Aku just mampu doakan kesejahteraan dia and yang paling aku harap, takkan ada sesiapa yang akan lukakan hati dia LAGI. Aku tak sanggup nak tengok senyuman dia hilang dari wajah dia. Kalau dia baca nie, aku harap dia akan mula senyum sebab dia kena sentiasa tahu yang akan ada seseorang yang sentiasa sayangkan dia dan nak cuba buat dia tersenyum even hati orang tu takde lagi untuk gembirakan dia.

I MISS YOU H <3

Jumaat, 20 Julai 2012

Puasa


Assalamualaikum.Hari nie puasa ok. Jangan memonteng. Sebulan je brada/sista. Untuk perempuan biasanya doa mereka time puasa-puasa nie nak puasa penuh sebab nak ganti nanti kemain azab minta ampun. Kalau bukan bulan puasa confirm selalu nak cuti daripada Allah. Ala, biasalah tuu kan manusia and of course aku pun ok haha. Selamat berpuasa dan melakukan amal ibadat :) *now playing-Astaghfirullah*

Sabtu, 2 Jun 2012

Tolong :'/


Assalamualaikum pak pandir/ mak andir :)

Nak tanya sikit, mane boleh jumpe hati macam kat atas tuu? Kalau dah terbelah boleh cantum balik. Bagitahu boleh? Urgent nie :3

Semenjak dua menjak, tiga menjak nie, aku terasa macam banyak sangat dugaan yang menimpa. Dengan kawan-kawan, dengan orang tuu, orang nie. Pening jangan tanya macam mane lah kan. Tadi banyak status macam menyalahkan aku. Yes, memang semua salah aku. Dah lama aku tahu yang diri aku tak berguna but as long as I live, I'll fight for my life. Macam mane banyak kali atau beribu kali dah aku terjatuh tapi aku akan cuba bangun walaupun takde sape yang sambut tangan aku untuk bantu aku bangun. Biarlah ape orang nak kata kat aku, aku dah tak peduli sebab mereka tak rasa apa yang aku rasa. 

Penat sangat nak jaga hati orang. Penat kan? Aku bukan tak pernah cuba. Hati aku jerit-jerit nak back dengan dia tapi bila aku fikir balik, dia akan hargai aku lagi ke? Sebab nie bukan sekali dua dia hiris hati aku macam hati aku timun, mangga pulakkan boleh hiris-hiris nie. Aku tahu hati aku teror sangat sampai kau hiris dia tapi kesianlah sikit, sebab owner dia derita wuuuuu t___t

Hello sayang, bagitahu aku cepat apa yang perlu aku buat untuk kau jadi seperti yang aku and semua orang nak. Tolong bagitahu aku. Aku nak kau sentiasa jadi yang terbaik. Kalau kitorang boleh usaha nak jaga hati awak, kenapa tidak awak? Mungkin kesalahan kite, kite tak perasan jadi disini saya berdiri *sambil melaungkan 'merdeka' sebanyak tiga kali'* nak bagitahu yang awak dah hiris banyak hati. Sorry to say, but biarlah awak berubah sebelum saya lelapkan mata. Saya and kawan-kawan kita semua nak tengok awak berubah. Awak faham kan?

Aku dah lama maafkan kau kawan, but aku perlukan masa untuk pulihkan hati aku. Semoga kau tahu yang aku sayangkan kau dan sentiasa sayangkan kau. Kau boleh ukur berapa jarak langit dengan bumi tak? Tak boleh en? Luas lautan pasifik boleh ukur? Tak jugak en? Macam tuu lah tinggi dan luasnya kasih sayang aku kat kau. Aku macam kelapa sawit punya sweet kan? Tapi mungkin kau boleh kata 'aleh minah nie cakap bambombambom cuba baktang bukti' tapi serius aku kata aku sayang semua kawan-kawan aku lebih dari diri aku sendiri.

Tolong k tolong. Ubah sikap even bukan untuk aku tapi untuk diri kau sendiri, supaya one day, bila dah ade orang yang boleh jadi SAHABAT yang selayak-layaknya untuk kau, mereka takan rasa macam mane yang kami rasa. Kata orang kerana mulut badan binasa. So jangan sampai nasi dah jadi bubur baru kita nak menyesal tak sudah. Time tuu pun mungkin dah takde sesiapa kat sisi kita lagi dah. And yes, aku tahu nasihat aku agak menyakitkan but aku jadi macam nie pun sebabkan kata-kata kau. Baru fair en? Hahaha takde lah, aku ikhlas seikhlasnya nak ubah kau.

Sekian, terima kasih xD 

Rabu, 9 Mei 2012

Time is running out!


Assalamualaikum pak pandir/mak andir :)

Based on the title, rasa-rasa korang sempat lagi ke aku nak kenang benda-benda yang dah lama tinggalkan aku? Sempat lagi ke aku nak menangis fikirkan orang yang lepaskan aku tanpa bagi aku ruang untuk bagi penjelasan? Bukankah ada benda yang lebih penting untuk aku fikirkan di masa depan aku. Tak begitu? 

Baiklah, selama 16 tahun 4 bulan aku hidup nie, tak pernah sekali pun rase segentar, seserabut, sekelam kabut, sehuru hara nie. Cegini rupenye rasa nak hadapi SPM en? K aku akui yang ianya sangat menyerabutkan. Tambahan lagi kena pada manusia yang tengah kelam kabut. Bertambah huru-hara lah kehidupan tersebut. Tapi tapi dan tapi, kata orang biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. I admit that when we work hard, we'll get the successes. Tak pernah seseorang manusia tak pernah tak dapat kejayaan. Kalau ada, mungkin nasib dia tak berapa baik. But itu adalah MUSTAHIL!

Bagi anda adakah mengadap pesbuk, tb, game and so on boleh bagi kejayaan? Mengapa tidak kan? Takan nak mengadap buku 24 hours en? Nanti jadi gila sebab terlalu pandai pulak. Hihihi *haram tak lawak* K, continue balik, so kata orang tuu kita kena pandai bagi-bagi masa. Tak semestinya on pesbuk, tak belajar en? Mane tahu on pesbuk sambil-sambil search fakta-fakta ekonomi, ict, sejarah *kena lempang*. Kita mane tahu apa orang buat.

Pernah dengar tak ayat nie? 'What you see is what you get'. Apa yang korang usahakan, itulah yang akan korang dapat. Lebih atau kurang dengan maksud inilah. Kemain mendalam maksud dia kan? Aku guna ayat ini untuk segala apa yang aku usahakan. Sikit yang aku usaha, sikit yang aku dapat, banyak yang aku usaha, banyak lahh yang aku dapat. And yes, its true! Selalu benar jadi pada aku :>

Act, kita selalu kata cikgu tak memahami sebab bagi homework banyak. But cuba kita fikir, untuk apa seseorang cikgu tuu berusaha keras untuk kejayaan kita? Sebab dia terlalu sayangkan kita. Kita dah jadi seperti anak-anak mereka. Mereka akan tersenyum bila kita berikan yang terbaik. Come on guys, come on, berjaya untuk sapa? For ourselves jugak en? Bukan untuk mereka. Mereka tak dapat apa pun dari usaha kita. Yang mereka dapat, kebahagiaan dan kebanggaan, itu pun mereka hanya mampu tersenyum dari jauh :'>

Perkara yang paling terindah saat kita berjaya ialah melihat kedua ibu bapa kita menangis kegembiraan. Sejuk hati perut mereka melihat kejayaan kita. Menitis air mata mereka dengar nama korang di televisyen, corong-corong radio, di setiap pelusuk malaysia. Bangga mereka saat semua bangga dengan anak-anak mereka. Kebahagiaan mereka nan satu itu belum cukup untuk membalas segala jasa-jasa dan pengorbanan mereka. Apa pun yang kita lakukan, tetap belum cukup untuk membalas kebaikan mereka.  Namun cukup lahh dengan membuat mereka sentiasa tersenyum sebelum mereka melelapkan mata selamanya. Bukankah itu lebih bermakna?

K, aku dah terlalu jauh dah nie. Sebelum aku lupa diri, lebih baik aku stop typing. Hope korang enjoy with this new entry. Tak tahu dari mana datangnya kekuatan *cehh ayat mintak makan asam jawa satu bungkus* nak buat entry yang kemain nie. Apa pun, do the best for your life. Especially for Upsr, Pmr, Spm, Stpm and so on candidates. Be blessed guys! Allah is listening and always listening. Work hard then pray and ask what you want, InsyaAllah you'll get it.

Sekian, terima kasih :'>


Isnin, 2 April 2012

Damn miss them :'/

Assalamualaikum Pak pandir/mak andir :)

Baiklah, nie nak cerita masa pergi wedding sedara dekat Pahang. Before nak pergi tuu kan, kemain excited call sedara bincang itu ini, padahal semua dah dirancang. Sengaja nak excitedkan diri sendiri. K dah duduk jee dalam kereta almost 5 hours, hambikkk! Kemain sengal-sengal dah bontot. Setiap perhentian, madang muka aku keluar nak pegi toilet. Sampai ade orang kata, kemain lebat air kencing kau! Haha bodoh kan, malu akuu -_________-

K sambung cerita, mase dah sampai tuu terus landing kat rumah sedara. Then aku ngan sedara aku memang pantang jumpe lif, yelahh kan kampung manede lif. Hahahaa. Kemain suka aku turun naik-turun naik lif. Lari-lari pegi taman mainan, main bola, main jongkang-jongket, sengaja cakap-cakap ngan budak-budak kat sana sebab nak dengar loghat dorang. Dengar dorang cakap jee, aku dah gelak besar. Kelassss! Then dengar budak-budak panggil-panggil lahh. Ehh kecik-kecik dah pandai ngorat orang -________-

Bila malam, sebelum nak mandi and turun bawah sebab ade tahlil, semua dah tanya kenapa aku cam 'anak leng'. Hamboi kemain excited aku jawab, main handball. Dalam hati punya geram sebab dah hitam. Eh hai , semua dah suruh aku beli sunblock, k nanti aku beli jangan tanya kenapa aku putih pulak. Hahaha. Macam-macam suara, riuh rendah kalahkan ade sekampung kat situ. Padahal ramai jugak yang dah turun pergi majlis kat bawah.

Dalam pukul 8 ceggitu, aku turun dengan sedara mara aku. K lepas melantak, tiba-tiba ade budak perempuan bagi pihak seorang budak form 3 datang and mintak numb, gedebak-gedebuk aku membebel, dia mintak nama fb, ehh macam-macam perangai budak zaman sekarang. Tutup cerita budak-budak tuu. Lepas dah makan ingat nak lepak bawah lagi tapi keadaan tak mengizinkan. Mata dah berat, mengalahkan mak pengantin pulak kan .

Pagi ahad, subuh-subuh dah kena kejut bangun. Dengan muka gangster aku bangun, cuci muka, angkat tilam, sambung tidur dekat atas katil pulak. Banyak laki nanti jangan tanya kenapa. Mak aku dah bising suruh bangun mandi, kemas rumah sedara belah depan sebab akan ade majlis marhaban. Sejuk kemain nak suruh aku mandi, memang tak lahh kan. Sengaja tidur-tidur ayam. Bila majlis dah setat, aku pun dah mandi, konon nak join, tengok-tengok kemain lain lagik majlis tuu. Almost sejam setengah. Lama gilaaaaaaaaaaaaaaaa -____- Dari wangi memang busuk balik lahh kan. Hahhaa :)

Dalam pukul 11 cemtu, terus pakai tudung dan snap picture seperti di bawah nie. Jap, tengok jap k:



Motif snap lawan cahaya? K nak cover hitam siket, kahkah :D

K sambung setowi kitew, when setat jee wedding, aku dah mengemol tanya ateh mane kak myra and azwa. Dorang datang ke tak semua kan. Then call-call dorang, kejar-kejar dorang. Dengan menggunakan ayat wajib kitorang, kitang mesti cakap, "memang aku dilahirkan untuk blablabla" Kemain bising mulut aku cakap benda tuu jee sepanjang masa. Apa pun, aku memang happy sebab dapat jumpe dengan semua orang yang aku memang nak jumpa especially, kak MYRA. Kemain comel lagi diaa. Nie untuk picture dengan dia. Before that, aku nak cakap dalam ramai-ramai, aku memang paling itam legam. K terasa diriku begitu hina. Haha kelas ayat!

Crop sebab aku duduk terkangkang-___-

K aku dah miss semua nie. Miss miss and miss. Btw Azwa wawa dk ateh memang cute mengiut. Geram aku tengok mata dia, kemain coklat cair lagi. Nak aje mintak tukar, tapi dia segan-segan pulak nak cakap so kitew pun jadi segan. Tak dapat nak snap dengan dia. Alahai, melepas lah!

K penat dah nak taip, nak ingat balik setiap saat untuk diceritakan semula dan nak tambah-tambah siket bagi sedapkan cerita. Memandai jee aku. K hopefully, tak menyampah dengan setowi aku sebab nie first time kot aku buat karangan panjang-panjang. Nampak sangat punya rindu tuu. K aku dah reti bawak kereta nanti, aku nak jalan pegi sana lagi. Memang ohsem :) K bye.

Sekian, Terima kasih :)

Sabtu, 24 Mac 2012

Teringat


Assalamualaiku pak pandir/mak andir :)

Tadi bangun pagi then tiba-tiba teringat cerita dolu mase standard 4 . Perghh ohsem boleh teringat balik en . Sebab aku selalunye cepat melupekan benda-benda yang kurang penting apetah lagi yang tak membawa makne langsung dalam hidup yang akan datang .

Okay the story began cegini , dulu mase darjah empat aku mesti pergi sekolah . Ada dua sesi , hell kann ? Penat ohh mase tuu . Comot , selekeh , busuk bau niyang rapik lahh -,- Tapi dlu budak-budak semua paham kalau busuk sekali pun . Sekarang kalau busuk mahu takde sape nak kawan :( Hahaha . K closed story pasal busuk nie .

Dulu lepas sekolah sesi petang , aku mesti pergi mengaji . Kalau mengelat mesti kena salai atas bumbung *k tipuuu . Tapi tapi tapi aku tak pernah mengelat sebab ape tahu ? Sebab ada benda yang best selalu aku buat mase tunggu turn nak mengaji depan nenek garang aummmm tuu . Nak tahu apa ? K aku cubit budak-budak bawah aku . Budak-budak yang bagi aku lagi selekeh dari aku , aku cubit sampai nangis-nangis . Then aku ugut , aku kata "kau nangis , lagi kuat aku cubit" nanti automatik budak tuu diamm :)

Aku bangga sebab mase tuu aku lahh manusia yang paling di takuti kat tempat mengaji . Huahuahua *gelak takbur. Almost sebulan aku asyik mencubit anak orang tuu , esoknya sorang budak tuu dah tak datang lagi . Aku rase nak cari jee dia kat rumah dia . Suddenly , mak budak tuu heret budak tuu kat tempat mengaji . Aku tengok budak tuu nangis-nangis taknak pergi mengaji . Mak dia masuk then mak dia jerit nama aku . Perghh gilaa ahh , takotnyeeeeeeeeeeeeee time tuu :3 Menggigil lutut aku . Aku diam jee tak mengaku . Padahal semua dah pandang aku . Siak , buat kantoi jee :/ Konon aku nak pergi tandas then mak dia jerit lagi "kau nak pergi mana?!" K dia marah akuuu .

Dengan muka gangster aku jawab , nak pergi tandas! Then lari selaju dan sepantas yang mungkin . Sapu jee selipar sesape then cabut kat rumah kawan aku . Cerita kat dia then dia suruh tunjuk gigi , aku dengan selurus tiang lampu jalan pun tunjuk gigi . Dia kata , hilang dah taring gangster kau , ekekeke . Jahat gilaa ohh minah tuu .

K sekarang aku tak tahu mane dah perginya budak yang selalu aku cubit tuu . Kalau aku jumpe dia , aku nak cubit dia lagi terok . Hahhaa tak lahh , aku nak mintak maaf . Dosa gila aku dengan dia . Mungkin dia still simpan dendam dengan aku kan . Ushh , mintak-mintak jangan lahh kan :) Sekarang aku pendek , orang pulak buli aku :) Hamek kau balasann . Hahahhaa Allah memang Adil :)

Sekian , terima kasih :)

Rabu, 14 Mac 2012

Someday , I'll have Paris


Assalamualaikum pak pandir/mak andir :)

Okay, first niat aku yang nie bukan membatasi niat aku nak ke Makkah :) Semua umat Islam mesti ada niat nak ke sana kann :) So benda baik kita jangan terlalu tunjukkan , nanti orang kata kita show off bagai kan . Sebelum orang tuu kena pukul dengan gangster nie , so better baik dia diam .

Baiklah , story pasal Paris nie kan , bukan lahh aku tahu sangat selok belok sana tapi aku selalu jugak search google apa yang best kat sana and biar aku jee tahu sorang . Sebabnya pakcik google dah promise tanak tunjuk kat orang lain pasal Paris . Dia kata jikalau orang lain tekan jee 'Paris' dia akan keluarkan ayat yang mintak kaki "no information detected" . Dia yang janji , aku tak suruh :)

Dari merepek macam kat atas kan , baik aku straight don't belok-belok . Lahh merepek lagi . Betul-betul lahhh Nasyrahhhh ! *jentik mata. Kk , macam nie sebenarnya , aku memang minat kat Paris . Kalau aunty aku cerita pasal Paris , aku dah melopong kann . Dia tipu pun aku percaya jee , sebab aku bukan tahu sangat benda-benda kat sana . Ehh satsat , korang tahu tak pasal Paris , kalau tahu meh lahh story siket kann kat budak jakun niee . 

Seriuss , nanti aku akan jejak kat Paris . InsyaAllah kalau umur panjang :)  Aku nak bawak family aku , kawan-kawan semua kan holiday kat sini . Pergh bajet duit banyak padahal bukan bawak tapi ajak . Paham kan maksud ajak ? Maknanya bayar sendiri-sendiri . Harharhar *muka mak lampir. 

Okay , malas nak story banyak banyak so aku nak tunjuk satu benda nie . Jappp , tengok niee :
Perghh , awesome tak awesome pak buk ? Awesome kann ? Yeahh , aku nak cari natang nie sampai lubuk china . Ehh bukan lubuk china lahh tapi lubang cacing :) Hahaha , so kalau jumpa benda nie sila-sila lahh bagitahu jangan buat tak nampak pulak . Nie budak gangster aw , kalau nak kena pukul buat lahh macam tuu . Dah lahh , nak pergi gosok gigi guna kodomo Lion . Kau ade ? Kalau takde , meh datang rumah pinjam :)

Sekian, Terima kasih :)